Kita semua mengetahui betapa pentingnya air untuk kesihatan tubuh badan kita. Tubuh kita terdiri dari 50-70% air. Air penting untuk pelbagai fungsi fisiologi badan. Tidak mungkin sistem biologi dalam tubuh kita boleh berfungsi tanpa air. Antara peranan air adalah:
- Membawa nutrient dan oksigen pada sel-sel badan.
- Air bertindak menstabilkan suhu badan.
- Sebagai pelincir pada sendi badan.
- Membantu sistem panghadaman.
- Menjadi pelembap pada tisu organ seperti mata.
- Membantu menyingkirkan toksin dari badan.
Pakar kesihatan mengesyorkan supaya mengambil air kosong sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas sehari untuk mengekalkan kesihatan badan. Ini penting untuk kekal sihat, cergas dan bertenaga untuk menjalankan aktiviti seharian.